Tuesday, April 14, 2009

Pelangi Petang


Dah macam tajuk lagu Sudirman pulak dah….Nak cerita ni….petang semalam aku nampak pelangi…cantik sangat pelangi….aku dah try upload gambar tapi tak boleh la plak...hu hu hu...aku sangat gembira bila nampak pelangi tu….pelangi itu sangat besar….pelangi tu ada double lagi….Pelangi ada lah salah satu lambang kekuasaan Allah Taala….walaupun aku ada masalah tapi bila aku nampak pelangi, pelangi mampu buat aku gembira dan tenang…mampu buat aku lupa masalah aku sekejap…pelangi ada 7 warna….bukan dapat dilihat selalu….hanya dapat dilihat selepas hujan….itu pun kalau ada….

Tapi dia bukan pelangi….dia mungkin boleh buat aku gembira tapi dia juga mampu buat aku sedih…dan kadang2 dialah punca masalah aku….kadang2 dia boleh buat aku rasa sangat benci kat dia dalam sekelip mata dan dia juga mampu ubah perasaan tu dalam sekelip mata jugak….dia tak selalu ada depan mata aku tapi selalu ada dekat hati aku…


Pagi ni bila aku bangun aku rasa yang aku sangat sayang kat dia…aku tak tau kenapa…aku rasa macam bad sangat….mungkin sebab terlalu banyak sangat study psycho agaknya….otak pun dah jadi tak betul…tapi sama ada itu adalah fakta atau pun auta aku pun tak tau…betul la cakap kawan2 aku…aku ni suka menidakkan perasaan aku sendiri…aku suka sangkal benda yang betul….aku tak nak terima kenyataan…..dan aku mengaku aku mmg macam tu….


Sebenarnya aku tak nak layan perasaan ni lagi-lagi bila hampir menjelangnyer final exam ni…kenapa lah sume benda ni jadi pada waktu2 kritikal ni….aku dah cuba sibukkan diri dengan study lima bab satu hari….tapi….aku tak boleh….macam mana aku nak buat ni….nak citer kat roommate aku yang berdua ni, tak nak lah susah kan diaorg sebab diaorag pun dah ada masalah sendiri….masalah aku biar aku tanggung sendiri…….

Aku mungkin boleh berlagak macam tak ada apa2 pun yang berlaku dan itulah yang aku buat selama ni….buat selamba je depan orang…..ada sesiapa tak yang boleh bagitau aku apa yang aku perlu buat… aku kena lupakan dia tapi macam mana???

Sedangkan nak delete mesej dia dalam inbox pun tak sampai hati….macam mana?????


“Ku mencintaimu lebih dari apa pun,

Meskipun tiada satu orang pun yang tahu

Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku

Meskipun engkau hanya kekasih gelapku”


Bila yang tertulis untukku

Adalah yang terbaik untukmu

Kan ku jadikan kau

kenangan yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku

Meninggalkan jejak hidupmu

Yang telah terukir abadi

Sebagai kenangan yang terindah…

Daaa.....

3 comments:

Fizah said...

hahaha...serious keadaan ko kritikal..

ika_adeela said...

memang kritikal kot....

ika_adeela said...

memang kritikal kot....