Sunday, August 17, 2008

AKU, BADMINTON DAN OLIMPIK

LEE CHONG WEI ( PEMAIN BADMINTON NO.1 MALAYSIA & NO.2 DUNIA)

Hari ni 17 Ogos 2008 berlakunyer perlawanan bagi merebut pingat emas di antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan. Chong Wei menjadi harapan negara untuk menghadirkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik.

Ganjaran bagi sesiapa yang mendapat pingat emas adalah sebanyak RM1 juta. Banyak tu. Jutawan segera. Perlawanan di antara Chong Wei dan Lin Dan nampak tidak seimbang kerana dengan jelasnyer dapat di lihat Lin Dan menguasai perlawanan sebaik perlawanan di mulakan.
Chong Wei pada perlawanan ini nampak serba tak kena. Banyak unforce error yang dilakukan yang telah memberi mata percuma kepada Lin Dan.

Di dalam set pertama lagi telah terserlah keyakinan Lin Dan dalam usaha memenangi pingat emas bagi dirinya. Chong Wei seperti kehilangan arah dan tampak tidak bersemangat. Tidak tahu apa yang telah terjadi kepada Chong Wei.......mungkinkah dia terlalu tertekan kerana terpaksa memikul harapan 26 juta rakyat Malaysia yang mengharapkan pingat emas darinya atau pun Chong Wei tertekan apabila bermain di stadium yang penuh dengan penyokong Lin Dan iaitu rakyat negara China?????

Lee Chong Wei telah tewas kepada Lin Dan 12-21, 8-21........pungutan mata yang agak rendah dan tak sepatutnya terjadi dalam perlawanan yang bertaraf dunia diantara dua pemain terbaik dunia.....

Apa-apa pun tahniah juga kepada Chong Wei kerana menyumbangkan pingat perak kepada negara....sekurang-kurangnya kontinjen Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong seperti yang berlaku dalam dua Sukan Olimpik sebelum ini...