Friday, September 26, 2008

Berpuasa di rumah

Hari ni 26 September 2008 pada pukul 7.00 pagi aku telah sampai di bumi Melaka setelah menempuh perjalanan selama berjam-jam dari Sungai Petani, Kedah. Aku cuma makan roti ikan bilis dan minum susu dutch lady sebagai sahur ku.

Kali ini aku balik bersama seorang senior iaitu Kak Zue. Aku naik bas Mayang Sari pada pukul 11.30 malam tadi. Sebenarnya bas itu telah lambat dari masa yang sebenar hingga membuat darah agak mendidih. Sudah lah perhentian bas penuh dengan manusia, tiada tempat duduk dan terpaksa menunggu bas lebih dua jam. Nasib baik malam, kalau siang tak tau nak cakap..

Tapi apa pun aku bersyukur kerana telah sampai di rumah dengan selamat.Hari ini 26 Ramadhan...bermakna lebih kurang 4 hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri.....
Tak sabarnyer........

Thursday, September 4, 2008

RAMADHAN DATANG LAGI......


Ramadhan......bulan ke 9 dalam kalender islam.....Semua umat islam diwajibkan berpuasa selama sebulan apabila menjelangnyer bulan yang mulia ini...

Berpuasa bermaksud menahan lapar dan dahaga, hawa nafsu serta perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar siddiq hingga terbenamnyer matahari.....

Bulan ramadhan ini mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan. Hanya dalam bulan Ramadhan sahaja Solat Sunat Tarawih diadakan. Selain itu juga, dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadar..

Tahun ini iaitu tahun 2008/1429 buat pertama kalinyer aku berpuasa jauh dari keluarga.....buat pertama kalinyer bersahur dan berbuka puasa tanpa bersama keluarga......sememangnyer perasaan sedih itu wujud, namun apa yang boleh dilakukan adalah menguatkan semangat dan memikirkan ada orang yang lebih kuraang bernasib baik dari diri kita.....

Hari ini adalah hari kelima ramadhan dan bermakna kita masih mempunyai baki 25 hari lagi untuk berpuasa. Walaupun pada dasarnya berpuasa ini mungkin boleh dikatakan agak memenatkan kerana kita melakukan aktiviti seharian tanpa makan dan minum, namun perasaan seronok berpuasa itu tetap ada. Entah mengapa....walaupun suhu badan mungkin akan meningkat kerana kekurangan air di dalam badan, namun kita tetap menguatkan diri untuk melaksanakan ibadat yang merupakan salah satu rukun islam.......

Sebagai motivasi sewaktu berpuasa ini, lagu raya sentiasa dimainkan. Lagu raya yang paling menyentuh perasaan adalah lagu Dari jauh ku mohon kemaafan-Sudirman. Terasa diri kat perantauan pulak. Padahal kat kedah je sekarang ni. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menunaikan ibadah ini kerana ianya hanya muncul setahun sekali sahaja.