Friday, September 26, 2008

Berpuasa di rumah

Hari ni 26 September 2008 pada pukul 7.00 pagi aku telah sampai di bumi Melaka setelah menempuh perjalanan selama berjam-jam dari Sungai Petani, Kedah. Aku cuma makan roti ikan bilis dan minum susu dutch lady sebagai sahur ku.

Kali ini aku balik bersama seorang senior iaitu Kak Zue. Aku naik bas Mayang Sari pada pukul 11.30 malam tadi. Sebenarnya bas itu telah lambat dari masa yang sebenar hingga membuat darah agak mendidih. Sudah lah perhentian bas penuh dengan manusia, tiada tempat duduk dan terpaksa menunggu bas lebih dua jam. Nasib baik malam, kalau siang tak tau nak cakap..

Tapi apa pun aku bersyukur kerana telah sampai di rumah dengan selamat.Hari ini 26 Ramadhan...bermakna lebih kurang 4 hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri.....
Tak sabarnyer........

No comments: