Sunday, December 7, 2008

SALAM AIDILADHA


8 DISEMBER 2008 bersamaan 10 zulhijjah....

Hari raya aidiladha atau lebih dikenali sebagai hari raya korban dalam kalangan masyarakat melayu disambut pada setiap tahun secara meriah di seluruh negara waima diseluruh dunia oleh merek ayang beragama islam. Perayaan ini adalah rentetan peristiwa Nabi Allah Ibrahim di perintahkan oleh Allah supaya menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Allah Ismail.
Peristiwa juga membuktikan ketaatan Nabi Ibrahim terhadap penciptaan walaupun anaknya menjadi taruhan. Namun seperti yang kita tahu Allah telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas untuk disembelih...

Hari Raya ini juga disambut oleh mereka yang menunaikan Fardu Haji di Mekah. Pada tahun ini, hari raya aidiladha bagiku afda kekurangannya. Ini kerana atuk dan nenekku berada di Mekah menunaikan Haji. Oleh itu, kami terpaksa menyambutnya sendiri. Walau apa pun berlaku, kita harus menyambut dengan hati yang gembira.

SALAM AIDILADHA