Sunday, December 7, 2008

SALAM AIDILADHA


8 DISEMBER 2008 bersamaan 10 zulhijjah....

Hari raya aidiladha atau lebih dikenali sebagai hari raya korban dalam kalangan masyarakat melayu disambut pada setiap tahun secara meriah di seluruh negara waima diseluruh dunia oleh merek ayang beragama islam. Perayaan ini adalah rentetan peristiwa Nabi Allah Ibrahim di perintahkan oleh Allah supaya menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Allah Ismail.
Peristiwa juga membuktikan ketaatan Nabi Ibrahim terhadap penciptaan walaupun anaknya menjadi taruhan. Namun seperti yang kita tahu Allah telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas untuk disembelih...

Hari Raya ini juga disambut oleh mereka yang menunaikan Fardu Haji di Mekah. Pada tahun ini, hari raya aidiladha bagiku afda kekurangannya. Ini kerana atuk dan nenekku berada di Mekah menunaikan Haji. Oleh itu, kami terpaksa menyambutnya sendiri. Walau apa pun berlaku, kita harus menyambut dengan hati yang gembira.

SALAM AIDILADHA

Friday, November 28, 2008

VC CUP 2008

Bermula 19 hingga 25 Nov lalu telah berlangsungnya pertandingan Debat Piala Naib Canselor atau nama pendeknya VC CUP......pertandingan debat ini telah berlangsung di UitM Shah Alam dan juara telah disandang oleh UitM Shah Alam bagi kategori Bahasa Melayu and English...

Sememangnyer penyertaan dalam pertandingan debat ini telah membuka mataku dan memberi peluang untuk mendapat lebih ramai kawan...selain itu merapatkan hubungan antara satu sama lain....


Makan malam bersama VC Uitm

Wednesday, November 5, 2008

Final Exam is over!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Alhamdullilah akhirnya aku berjaya menduduki final exam yang telah pun berakhir pada petang tadi....sekarang ini yang aku mampu buat hanyalah berdoa kepada Allah agar memberikanku keputusan yang cemerlang......

Namun ada lagi yang perlu aku lalui iaitu MUET exam. Pada 8 hb aku akan menduduki MUET yang memerlukan aku mendapat Band 4 sebagai seorang pelajar Fakulti Undang-Undang..

Aku akan balik ke rumah insyaalah pada pagi 9hb NOV dan aku tak sabar2 lagi nak balik.....

Nak balik....dah sebulan lebih aku tak balik.....

But the main point now is........I'M FREE...................

ENDS OF PART 1 PRE-LAW.....
WAITING FOR BEING PART 2 PRE-LAWRIAN.....

Saturday, November 1, 2008

Menempuhi Final Exam.....

Hari ni bermula Final Exam. Sambil menaip ni dengar lagu Weslife 'Swear it again'...i swore to share your joy and your pain....and i swear it all over again...whose joy and pain????? Ahhh melalut lak.....back to the main topic....

Pagi tadi paper BEL120 yang agak mencabar jugak....petang tadi lak test subject yang agak digeruni iaitu CSC 134..subjek ni digeruni kerana duaa test sebelum ni soalan macam nak membunuh(susah gila amat) tapi alhamdullilah soalan test tadi tidaklah sesusah test sebelum ni tapi tak lah senang jugak.....average jer..... boleh la jawab....

Esok paper BEL 130, Lusa MTC 012 dan paper terakhir ku adaalah MTC 016. Memang aagak cuak terutamanya bagi subjek MTC 012 kerana ianya adalah subjek yang susah...law.....tapi kita kena berusaha.......

To be frank......hati aku dah ada kat rumah.....taapi aku tarik hati balik tu supaya ada kat sini untuk menghadapi final exam....aku mesti belajar untuk masa depan aku jugak.....kalau bukan aku yang tentukan masa depan aku....sapa lagi?????

Ni esok ada paper tapi relaks jer surf internet....bukan apa penat memerah otak dalam exam hall tadi...serius penat......jap g aku blaja la......

I think thats all for this session...alahai lagu aku dah main la.....AYAT-AYAT CINTA............pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan.......ayat-ayat cinta bercerita cintaku padamu..............

Dah la whatever la.......

Sunday, October 26, 2008

Huh....

Hari ni 26 oktober bermakna tinggal taak sampai seminggu nak final exam. Final exam 1 nov-5 nov......hadoi....baca tapi tak paham2 gak...nak buat camner ni.....carry mark pun tak lah banyak mana.....habis final ada MUET plak....

Pastu 16 hb nov kena balik sini balik sebab ada latihan debat untuk Debat Piala Naib Canselor (VC CUP). Balik cuti kejap jer.....

Penat betul.......sebenarnyer lebih kepada risau kat final exam ni...boleh ke dapat CGPA 3.00 and above?????

Aku pun tak tau tapi kena usaha la lagi....

Dah la nak study.....

Adios......

Thursday, October 2, 2008

SELAMAT HARI RAYA






SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...........

Berlalunya Ramadhan bermakna hadirnya Syawal.....Syawal, bulan ke-10 didalam kalender Islam......

Bulan Syawal sememangnyer dinanti dan diraikan dengan penuh gembira oleh seluruh umat islam terutamanya kanak-kanak.

Pada tahun ini aku beraya di Bagan Serai, Perak dan juga Rembau, Negeri Sembilan.....
Pada tahun ini juga hari lahir ku jatuh pada hari raya ketiga...

Tapi aku terpaksa balik semula ke Kedah pada hari raya ke-4 iaitu lusa..Walaupun agak tidak puas beraya, namun aku terpaksa memikirkan masa depan daripada keseronokkan......apa-apa pun aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA........MAAF ZAHIR & BATIN.....

Friday, September 26, 2008

Berpuasa di rumah

Hari ni 26 September 2008 pada pukul 7.00 pagi aku telah sampai di bumi Melaka setelah menempuh perjalanan selama berjam-jam dari Sungai Petani, Kedah. Aku cuma makan roti ikan bilis dan minum susu dutch lady sebagai sahur ku.

Kali ini aku balik bersama seorang senior iaitu Kak Zue. Aku naik bas Mayang Sari pada pukul 11.30 malam tadi. Sebenarnya bas itu telah lambat dari masa yang sebenar hingga membuat darah agak mendidih. Sudah lah perhentian bas penuh dengan manusia, tiada tempat duduk dan terpaksa menunggu bas lebih dua jam. Nasib baik malam, kalau siang tak tau nak cakap..

Tapi apa pun aku bersyukur kerana telah sampai di rumah dengan selamat.Hari ini 26 Ramadhan...bermakna lebih kurang 4 hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri.....
Tak sabarnyer........

Thursday, September 4, 2008

RAMADHAN DATANG LAGI......


Ramadhan......bulan ke 9 dalam kalender islam.....Semua umat islam diwajibkan berpuasa selama sebulan apabila menjelangnyer bulan yang mulia ini...

Berpuasa bermaksud menahan lapar dan dahaga, hawa nafsu serta perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar siddiq hingga terbenamnyer matahari.....

Bulan ramadhan ini mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan. Hanya dalam bulan Ramadhan sahaja Solat Sunat Tarawih diadakan. Selain itu juga, dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadar..

Tahun ini iaitu tahun 2008/1429 buat pertama kalinyer aku berpuasa jauh dari keluarga.....buat pertama kalinyer bersahur dan berbuka puasa tanpa bersama keluarga......sememangnyer perasaan sedih itu wujud, namun apa yang boleh dilakukan adalah menguatkan semangat dan memikirkan ada orang yang lebih kuraang bernasib baik dari diri kita.....

Hari ini adalah hari kelima ramadhan dan bermakna kita masih mempunyai baki 25 hari lagi untuk berpuasa. Walaupun pada dasarnya berpuasa ini mungkin boleh dikatakan agak memenatkan kerana kita melakukan aktiviti seharian tanpa makan dan minum, namun perasaan seronok berpuasa itu tetap ada. Entah mengapa....walaupun suhu badan mungkin akan meningkat kerana kekurangan air di dalam badan, namun kita tetap menguatkan diri untuk melaksanakan ibadat yang merupakan salah satu rukun islam.......

Sebagai motivasi sewaktu berpuasa ini, lagu raya sentiasa dimainkan. Lagu raya yang paling menyentuh perasaan adalah lagu Dari jauh ku mohon kemaafan-Sudirman. Terasa diri kat perantauan pulak. Padahal kat kedah je sekarang ni. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menunaikan ibadah ini kerana ianya hanya muncul setahun sekali sahaja.

Sunday, August 17, 2008

AKU, BADMINTON DAN OLIMPIK

LEE CHONG WEI ( PEMAIN BADMINTON NO.1 MALAYSIA & NO.2 DUNIA)

Hari ni 17 Ogos 2008 berlakunyer perlawanan bagi merebut pingat emas di antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan. Chong Wei menjadi harapan negara untuk menghadirkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik.

Ganjaran bagi sesiapa yang mendapat pingat emas adalah sebanyak RM1 juta. Banyak tu. Jutawan segera. Perlawanan di antara Chong Wei dan Lin Dan nampak tidak seimbang kerana dengan jelasnyer dapat di lihat Lin Dan menguasai perlawanan sebaik perlawanan di mulakan.
Chong Wei pada perlawanan ini nampak serba tak kena. Banyak unforce error yang dilakukan yang telah memberi mata percuma kepada Lin Dan.

Di dalam set pertama lagi telah terserlah keyakinan Lin Dan dalam usaha memenangi pingat emas bagi dirinya. Chong Wei seperti kehilangan arah dan tampak tidak bersemangat. Tidak tahu apa yang telah terjadi kepada Chong Wei.......mungkinkah dia terlalu tertekan kerana terpaksa memikul harapan 26 juta rakyat Malaysia yang mengharapkan pingat emas darinya atau pun Chong Wei tertekan apabila bermain di stadium yang penuh dengan penyokong Lin Dan iaitu rakyat negara China?????

Lee Chong Wei telah tewas kepada Lin Dan 12-21, 8-21........pungutan mata yang agak rendah dan tak sepatutnya terjadi dalam perlawanan yang bertaraf dunia diantara dua pemain terbaik dunia.....

Apa-apa pun tahniah juga kepada Chong Wei kerana menyumbangkan pingat perak kepada negara....sekurang-kurangnya kontinjen Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong seperti yang berlaku dalam dua Sukan Olimpik sebelum ini...

Wednesday, July 30, 2008

UITM KAMPUS SUNGAI PETANI, MERBOK, KEDAH DARUL AMAN.

Disini lah aku sekarang. Jauh dari rumahku tercinta di melaka. Dah sebulan lebih aku disini dan dah dua kali aku keluar ke bandar Sungai Petani. Pendaftaran pada 28 JUN 2008. Hari ni 30 Julai. Cuti mid-sem mungkin pada 15 Ogos. Aku dekat sini ambil kos Pre-Law iaitu ASASI UNDANG-UNDANG....

Kat kampus ni ada tiga kolej iaitu Kolej Mahsuri iaitu kolej kediaman aku, Kolej Masria ( kolej siswi) dan juga Kolej Malinja ( Kolej Siswa). Kawasan kampus ni boleh la jugak tahan cantiknyer....tapi yang tahan pagi-pagi mesti ada bau getah....tapi bila dah lama-lama.....dah lali pulak......

Student kat sini majoritinyer datang dari kawasan utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan juga Perak. Sabah dan Sarawak ada jugak iaitu student pre-law. Student dari Melaka amatlah sedikit bilangannyer....setakat ni yang aku dah jumpa baru tiga orang.

Baru sebulan kat sini rasa dah macam setahun..homesick.....rasa nak balik.....tak sabar nak balik....lagi dua minggu...kawan2 semua jauh...tapi kawan2 kat sini semua ok walaupun aku mmg tak ramai kawan.....(tradisi dari sekolah)

Study setakat ni ok lah...fahamlah jugak apa yang lecturer ajar...sem ini aku ambil lima subjek iaitu MTC OI2- Introduction to Law 1 , MTC 016 - Malaysia Politics and Goverment, BEL 120 & BEL 130 ( English Subject) and also CSC 134- Computer Science.

Maybe sebelum cuti ada test....and for sure kitaorang ada sketch that carry 15 % marks for BEL 130. Kena berlakon depan kelas... kena buat betul-betul.......

Life kat sini memang totally different dari waktu sekolah dulu...rindunyer kat zaman sekolah dulu....tapi kena terima hakikat masa dah berubah...kita pun kena berubah.......for now start a new session in our life........for our own good....whatever happens.....life must go on...



Wednesday, May 21, 2008


IRONMAN.........itulah yang aku nak ceritakan.....hari ni aku kuar ngan kekawan and my sister of course ( my bodyguard)...
kitaorang memang rancang nak tengok wayang pun tapi tak tau citer apa....suddenly bila sampai je kat cinema tu lisa pun cadangkan kita tengok citer ironman....walaupun pada mulanyer agak keberatan ngak nak tengok sebab aku mmg jenis orang tak suka citer2 spesis macam ni....robot2 la....apa la..macam transformers......tak suka...tapi aku cekalkan hati untuk tengok la jugak.....

Bila dah tengok aku find out citer ni boleh la tahan gak...not bad......memang patutlah box office pun........ citer dia ni tentang sorang lelaki ni...nama dia Tony Staker( kalau tak silap) pakar pasal buat2 senjata ni.......citer nyer bermula apabila dia diculik oleh sekumpulan orang yang jahat kat afghanistan......dia dipaksa untuk buat satu jenis senjata yang boleh musnahkan seluruh tempat di situ........dari situlah dia mendapat idea membuat suit ironman demi menyelamatkan diri dan juga seorang lagi tebusan.... tapi sian tebusan lagi sorang tu...dia mati kena tembak....

Bila dah berjaya melepaskan diri dan tiba di Amerika kembali dia bercadang nak hentikan bisnes buat senjata tetapi ditentang oleh rakan kongsinyer sendiri....disitulah segalanyer bermula apabila akhirnyer bila pembantu tony yang bernama Ms Pott tahu yang rakan kongsinyer itu berkomplot ngan kumpulan penjahat tadi bagi membunuh tony.....

Walaupun hero agak berusia.....tapi ok la...dalam aksi tu ada gak joke yang dibuat dalam perbualan pelakon..... so tak menyesal rasanyer tengok ironman ni.......

Thursday, April 24, 2008

Ahhhhhhhhhhhh....ngantuknyer

Waktu aku tulis blog ni aku tgh chatting ngan jaja...my cousin yang cam alim tu.....dia pun tgh nak buat blog....ngantuk nyer...esok cadangnyer nak gi bangi...ada la urusan skit........tak lama lagi aku akan sambung blaja...di mana??? itu rahsia...nanti kalau dah kompom barulah aku war-war kan kepada orang kampung....result spm aku cemerlang sangat...sampai politeknik pun tak dapat...nasib badan dan padan muka......dulu mak bapak suh blaja main2...serves your right....aaaaaaa ngantuknyer...SELAMAT MALAM.....

Wednesday, April 2, 2008

Apa yerrrr

Hari ni baru 3 April...lambat lagi nak dapat tawaran gi mana ipt....result spm dah kuar...and its quite dissapointed me..sedih gak..tapi takpe la..aku kena redha dengan segala yang berlaku.......hujung minggu ni ada JOM HEBOH....nak gi ke tidak ha.....nanti la bincang2 ngan adik-beradik baru kita buat keputusan

Monday, March 3, 2008

Akhirnya....

Tahniah diucapkan kepada diriku sendiri...akhirnya aku dah dapat lesen memandu...P la baru...tapi tak kisah...nanti lagi dua tahun dapat la lesen penuh..sekali lagi tahniah diucapkan.....lagi satu..result SPM...12 March....aku takut...apa la grade yang tertulis di kertas keramat itu...aku takut...bertawakal dan redha dengan apa yang bakal berlaku....

Tuesday, February 26, 2008

kenapa lagi???

apa yang kenapa lagi???
nak tau kenapa adik aku tu tak pass parking???

1. sebab dia tak pandai macam kakak dia...(aku la tu...)
2. sebab dia tak mintak restu aku...(aku kan berdaulat....)
3. sebab dia terkena badi dari aku.....(ni sebab utama la....sebab dulu aku pun kantoi parking gak time test)

so....faham-faham la sendiri...
kenapa eh????kenapa??????

Sunday, February 24, 2008

Aku yang tension...........

Ala tensionnyer aku....harapan hari ni nak dapat lesen P dah....leh lak kantoi kat bukit....sakit hati....on the road yang aku tak konfiden langsung boleh lak lulus...ini tidak bukit yang senang tu pun aku tak pas..............kenapa????? why???? kenapa??????????
TENSIONNYA AKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, February 22, 2008

kenapa aku gembira???

kenapa aku gembira????

1. my adik akhirnya dapat hasilkan blog ni....
(itu pun selepas 3 bulan duduk kat rumah & tak buat apa pun)

2.my adik akhirnya 'replace' kan aku untuk create this blog....
(bukan aku tak nak buat...busy je sikit...)

3.my adik akhirnya bakal melalui zaman ketakutan dia....
(ye la...result spm dah nak keluar kan)

4.my adik akhirnya akan jadi macam aku....
(jadi apa eh?????....student la gak macam aku...)


tapi...yang paling penting la kan....

kenapa aku gembira????

sebab my adik akhirnya akan duduk kat asrama....ye la....lepas result SPM keluar of course la dia nak masuk U or matrikulasi kan???mana ada matrikulasi yang tak kena duduk asrama.....so akan bermula la zaman kegelapan bagi dia....tu la asyik taknak duduk kat asrama...akhirnya terpaksa la jugak kan....so...

kenapa aku gembira????
kenapa eh???? kenapa????


Thursday, February 21, 2008

Wednesday, February 20, 2008

Aku dan novel


Aku memang seorang yang suka baca novel...boleh dikatakan setiap bulan akan ada sekurang-kurangnya sebuah novel baru yang akan di beli...aku mula baca novel waktu aku tingkatan 1 iaitu waktu umur 13 tahun..novel pertama yang aku baca bertajuk 'Bicara Hati'. Novel ni mmg best..












Tuesday, February 19, 2008

Its all about life

Today....20 Febuary 2008....time now shows 15.20 p.m...i've created my first blog after have been forced by my father just now.....because i've waste almost 3 months by doing nothing after my SPM examination which the result announcement just around da corner.....so thats all about me!!!!!