Wednesday, July 30, 2008

UITM KAMPUS SUNGAI PETANI, MERBOK, KEDAH DARUL AMAN.

Disini lah aku sekarang. Jauh dari rumahku tercinta di melaka. Dah sebulan lebih aku disini dan dah dua kali aku keluar ke bandar Sungai Petani. Pendaftaran pada 28 JUN 2008. Hari ni 30 Julai. Cuti mid-sem mungkin pada 15 Ogos. Aku dekat sini ambil kos Pre-Law iaitu ASASI UNDANG-UNDANG....

Kat kampus ni ada tiga kolej iaitu Kolej Mahsuri iaitu kolej kediaman aku, Kolej Masria ( kolej siswi) dan juga Kolej Malinja ( Kolej Siswa). Kawasan kampus ni boleh la jugak tahan cantiknyer....tapi yang tahan pagi-pagi mesti ada bau getah....tapi bila dah lama-lama.....dah lali pulak......

Student kat sini majoritinyer datang dari kawasan utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan juga Perak. Sabah dan Sarawak ada jugak iaitu student pre-law. Student dari Melaka amatlah sedikit bilangannyer....setakat ni yang aku dah jumpa baru tiga orang.

Baru sebulan kat sini rasa dah macam setahun..homesick.....rasa nak balik.....tak sabar nak balik....lagi dua minggu...kawan2 semua jauh...tapi kawan2 kat sini semua ok walaupun aku mmg tak ramai kawan.....(tradisi dari sekolah)

Study setakat ni ok lah...fahamlah jugak apa yang lecturer ajar...sem ini aku ambil lima subjek iaitu MTC OI2- Introduction to Law 1 , MTC 016 - Malaysia Politics and Goverment, BEL 120 & BEL 130 ( English Subject) and also CSC 134- Computer Science.

Maybe sebelum cuti ada test....and for sure kitaorang ada sketch that carry 15 % marks for BEL 130. Kena berlakon depan kelas... kena buat betul-betul.......

Life kat sini memang totally different dari waktu sekolah dulu...rindunyer kat zaman sekolah dulu....tapi kena terima hakikat masa dah berubah...kita pun kena berubah.......for now start a new session in our life........for our own good....whatever happens.....life must go on...