Wednesday, December 16, 2009

Bila diri tak dihargai

Selama ni, mungkin aku tak pernah rasa macam ni...sedih dan kecewa yang amat sangat...semua peristiwa berlaku serentak sewaktu keadaan kesihatan aku sangat lah lemah...

Aku biasa dengar orang kata yang bila kita buat baik, kita akan dibalas dengan kebaikan jugak...walaupun sejahat mana pun orang tu, kalau kita buat baik kat mereka, lama-kelamaan mereka akan baik juga kat kita tapi aku tak rasa macam tu pun...

Aku rasa aku dah buat macam2 untuk mereka namun langsung tak dihargai...bukanlah maknanyer aku buat sesuatu dengan mengharapkan balasan...tapi cubalah layan aku macam orang lain...walaupun aku tak suka sangat dengan mereka tu, aku layan diaorang baik, aku tau mereka kutuk aku kat belakang sebab aku pernah dengar sendiri kutukan mereka itu...tapi aku tak pernah nak berdendam...

Memang mereka hebat dan layak untuk apa yang mereka dapat sekarang, tapi jangan sesekali pandang rendah pada orang lain...hormat orang yang lebih tua dari anda walaupun bagi anda, mereka mungkin tidak akan dapat membantu pun kepada kejayaan anda...

Jangan rasa diri tu BAGUS walaupun sebenarnya anda memang bagus...Aku admit yang korang memang bagus...baru masuk dah dapat wakil U pergi Royal Debate...mmg la korang dapat masuk final untuk first tournament, mmg la korang punya skill dan pemikiran bagus dan sememangnya korang ada asas yang sangat kuat tapi tolong la...

Walau sebagus mana korang pun, kalu tak hormat orang, orang takkan suka...tolong lah being fair to everybody sebab kalu korang mengamalkan sikap utamakan KRONI, korang takkan kemana...mungkin sekarang ni orang ramai sangta menyanjungi dan menghormati korang kerana korang sangat2 hebat tapi ingatlah hidup ni tak selalunya indah...

Satu hari nanti korang akan berada di bawah dan waktu itulah korang akan rasa macam mana rasanya bila diri tak dihargai...

p/s : mungkin orang tak paham apa yang aku tulis dan aku tak harap pun sesiapa untuk paham.

4 comments:

Unknown said...

salam adeela
z faham apa yang adeela tulis. Sebab z pun mempunyai pandangan dan perasaan yang sama. We share the same sentiment
xpe relaks je k. We just do our own way

HaPPy_MiroHu said...

betul kata z tuh..
I mean, I used to be in the same situation like u..memang mengerti dgn perasaan adeela..

cara hani senang jer..pedulikan jer mrk..buat xkisah je..look as if u r not even interest in wat they do..
mrk nih..umpat2 kt..lama2 mrk jadi letih dan penat kalau kt x berikan reaksi pada mrk..

distance urself from them..if u r on the right side...mrk sendiri akan dtg minta maaf pada awk satu hari nnti..that's wat happen to me..

"sebaik2 org mukmin ialah yg orang yang paling baik akhlaknya"

- Firman NABI SAW

Anonymous said...

.....
saye faham ape yang anda cuba ceritakan sebenarnya...bagi saye hal ini sebenanrnya tentang kelebihan dan bakat yang ada...kalau kita merasakan kita kekurangan, ape salahnya admit dan belajar..tak salah kongsi ilmu dengan ADIK2 kan?tak semestinya senior, kita dah merasakan diri kita perlu disanjungi dan dihargai semata2 kerana seniority...kalau kita ada kesedaran untuk mematangkan diri dan cuba mencari yang terbaik serta berusaha kearah itu mungkin tiada sengketa...mungkin ADIK2 selalu disalah tafsir apabila cuba menunjukkan yang mereka berbakat dan berkebolehan..kenapa tidak boleh menerima kelebihan orang yang lebih muda dan cuba belajar untuk menjadi lebih hebat dari mereka?terlalu malu untuk mendapatkan ilmu dari orang yang lebih muda???

DEBAT TENTANG PERKONGSIAN ILMU, bukan emosi semata-mata...
tq for this post!!!

Anonymous said...

to anonymous: apa yg ko kata tu tak salah...but u have to know the real situation first....kalau dah tau baru la anda blh go on dgn pendapat anda itu..whatever it is thanks for sharing ur' opinion.

to deela jangok: sabar je ar..maybe time tu tuah ada kat diorg, tp kita tak dapat predict apa akan jd nanti...Allah tu adil...maybe one day bila mereka-mereka yg berkenaan terkena balik baru diorg tau...sekarang ni, just focus dgn benda yg lg penting...daa..may Allah bless u